Tuesday, 18 August 2015
Saturday, 15 August 2015
Cara mudah nak jual duit lama
23:04
69 comments
Amaran: Entri ini diambil dari sumber yang dinyatakan di bawah dan diulas oleh pemilik blog ini.
Ramai yang bertanya macamana cara mudah nak jual duit lama. Ada di
antara mereka yang bertanya itu mempunyai banyak duit syiling lama
Malaysia yang ingin dijual kerana sudah lama menyimpannya atau baru
sahaja dapat daripada saudara-mara dan rakan-rakan. Jika anda rajin
mencari duit lama, ianya juga boleh menjadi satu bisnes yang
menguntungkan. Jika anda tahu duit syiling lama yang manakah yang dicari
oleh para pengumpul duit syiling lama. Saya akan menceritakan mengenai
hal duit 'Rare" yang dicari oleh kolektor kemudian. Untuk entri ini,
saya akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjual koleksi duit
syiling lama anda.
Apa yang anda perlu lakukan sebelum menjual duit lama?
Anda perlu cuba mencari harga duit lama tersebut terlebih dahulu sebelum
anda ingin menjualnya. Jika tidak, anda mungkin akan meletakkan harga
tidak masuk akal atau harga yang terlalu murah daripada harga pasaran.
Anda boleh mencari harga syiling tersebut secara online. Saya ada
menyenaraikan harga duit syiling lama
di blog ini sebagai panduan kepada anda semua. Namun, anda perlu tunggu
untuk sesetengah entri yang masih belum siap. Jika anda tidak dapat
menunggu, sila cari dan beli buku daripada Steven Tan ataupun KN Boon
sebagai rujukan anda. Jika anda betul-betul ingin serius didalam bisnes
jual beli duit lama atau mengumpul duit lama, buku-buku tersebut adalah
benda yang wajib anda beli terlebih dahulu sebelum mula membeli koleksi
anda.
Jika anda telah menemui harga yang sesuai, untuk jualan secara online,
pastikan anda mengambil gambar yang jelas dan terang untuk kedua-dua
belah muka syiling anda. Jangan sesekali gunakan gambar yang kabur
didalam jual beli duit syiling anda kerana bagi kolektor permukaan duit
syiling juga memainkan peranan untuk menentukan harganya. Anda pasti
pernah mendengar berkenaan kondisi duit syiling Very Fine (VF) atau
Uncirculated (UNC) bukan? Kolektor perlu mempastikan kondisi duit
syiling tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli duit syiling
anda. Jika anda tidak tahu menilai dan mengred duit syiling anda
sekalipun, gambar syiling yang jelas akan membantu mereka membuat
keputusan.
Menjualnya secara online.
Pada ketika ini, ada pelbagai pilihan untuk menjual duit syiling lama
secara online. Trend terbaru pada ketika ini adalah menjualnya di
Facebook group. Rasanya hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu
akaun Facebook bukan? Ada banyak kumpulan Facebook group yang agak aktif
pada ketika ini, anda boleh membacanya disini; Facebook group yang wajib anda sertai.
Sebaik-baiknya, baca dahulu peraturan di dalam group-group tersebut
sebelum anda mula menjual koleksi anda. Kolektor baru perlu mendaftar
dengan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mula menjual duit
lama.
Satu lagi pilihan yang rasanya semua orang tahu ialah menjualnya di mudah.my.
Jika anda mempunyai banyak duit syiling lama untuk dijual, saya
sarankan anda untuk mendaftar sebagai ahli PRO Niaga, pendaftaran adalah
percuma. Agak mudah untuk anda menjual banyak item berbanding
menjualnya secara one off. Pastikan tajuk untuk duit syiling tersebut
adalah betul sebelum anda menerbitkan iklan anda. Satu lagi perkara yang
paling penting adalah pastikan anda tidak termasuk didalam golongan
mereka yang menjual duit syiling pada harga yang tidak masuk akal,
periksa dahulu harga terbaik untuk duit syiling anda sebelum anda
menerbitkan iklan anda.
Mungkin kepada anda yang ingin serius menjalankan bisnes jual beli duit lama, eBay.com.my
adalah satu pilihan yang terbaik. Ini kerana mereka mempunyai sistem
rating kepada penjualnya. Apabila anda sudah mendapat rating yang
tinggi, pembeli akan lebih mudah untuk mempercayai anda. Anda juga
mungkin akan mendapat pembeli dari luar negara.
Menjualnya kepada rakan-rakan kolektor
Anda perlu membina network/rangkaian rakan-rakan kolektor jika anda
ingin menjual melalui rakan-rakan sahaja. Mungkin cara yang terbaik pada
ketika ini adalah melalui Facebook dan juga forum selain secara
offline. Di Facebook, anda boleh melihat rakan-rakan yang mempunyai hobi
yang sama dengan anda dengan mudah. Di dalam forum, biasanya ada
ruangan hobi, turut serta didalam ruangan itu dan pastikan anda aktif
kerana rakan yang lain mudah mengenali anda jika anda aktif didalam
forum. Untuk rangkaian offline pula, anda mungkin perlu bertanya kepada
rakan-rakan tentang hobi mereka, mana tahu rakan satu opis anda adalah
pengumpul duit lama. Namun, apabila anda menjual kepada rakan-rakan,
harga jualan juga adalah harga rakan-rakan, harganya perlu murah sedikit
untuk menarik rakan-rakan membelinya.
Menjualnya melalui persatuan Numismatik
Pada ketika ini, hanya ada satu persatuan Numismatik yang aktif di
Malaysia iaitu Malaysia Numismatic Society atau MNS. Anda boleh turut
serta menjadi ahli mereka dan mungkin turut serta didalam jualan
lelongan mereka yang di adakan setiap 3 bulan sekali. Jika anda ingin
turut serta didalam lelongan mereka, sebaiknya anda hanya menjual
syiling yang berkualiti tinggi jika anda ingin mendapat harga yang
terbaik. Sebagai contoh, duit syiling 1 sen 1976 tembaga
yang dijual melalui lelongan di MNS akan mendapat pembeli dengan mudah
berbanding anda menjualnya sendiri. Perlu di ingat, anda akan dikenakan
fee sebanyak 5% daripada harga jualan untuk setiap item anda.
Menjualnya kepada penjual duit lama
Salah satu cara yang mudah dan cepat untuk menjual duit lama dalah
dengan menjualnya dengan penjual duit lama berdekatan anda. Anda boleh
melihat senarai penjual duit lama
yang saya terbitkan di blog ini. namun, perlu di ingat, apabila anda
menjual kepada mereka, anda hanya akan mendapat harga kurang daripada
50% daripada harga pasaran. Selain itu, tidak semua duit syiling
diterima oleh mereka. Jika anda hanya mempunyai duit syiling luar
negara, ada kemungkinan besar mereka tidak akan menerimanya. Begitu juga
dengan syiling anda yang kotor atau kondisi yang teruk, jika ianya duit
biasa, mereka juga tidak akan membelinya. Ini sebagai pilihan terakhir
kepada mereka yang malas atau tidak tahu macamana untuk menjual dengan
cara yang lain.
Saya harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Sebarang
pertanyaan adalah dialu-alukan. Cuma pastikan anda tidak memberi komen
untuk mengiklankan jualan duit syiling anda.
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Read more: http://www.malaysiancoin.com/2012/09/cara-mudah-nak-jual-duit-lama.html#ixzz3ixAqQvkn
Under Creative Commons License: Attribution
-----
Ulasan penulis:
Saya bersetuju dengan kaedah yang dinyatakan oleh penulis. Saya selaku pengumpul duit syiling matawang lama juga memiliki cara tersendiri untuk memasarkan 'produk' saya dengan keunikan tersendiri. Berikut merupakan cara saya:
Menjualnya dengan bingkai yang indah
Syiling-syiling yang telah saya kumpulkan dibingkaikan mengikut nilai matawang dan sirinya. Bingkai ini uniknya dihasilkan dengan kayu ukiran tangan dan dikemaskan untuk memberikan nilai jual yang tersendiri khususnya bagi pengumpul barang antik. Sebenarnya kaedah jualan itu mengikut kreativiti sendiri dan kita yang harus megambil ruang dan peluang tersebut.
Katalog Matawang Malaysia
Katalog matawang Malaysia 1967 - 2015 yang wajar dimiliki oleh pengumpul matawang syiling dan kertas lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)